Friday, 14 November 2014

PERCUTIAN KE HOLIDAY VILLA LANGKAWI




















Assalamualaikum...
Percutian seterusnya ialah ke Pulau Langkawi,
Kebetulan ada promosi free seat air asia, kami sekeluarga pon pi la ke Langkawi naik flight.

















Bilik di Holiday Villa Langkawi



Kolam Renang



Shopping di Padang Mat Sirat Beras Terbakar



Parasailing



Dahaga...layan air kelapa muda & Laksa






Masa untuk mandi pantai



Sewa kereta kat airport. 3 hari 2 malam RM150 hasil tawar menawar.




 Pastikan kereta sewa anda ada minyak. Biasanya owner kereta sedut habis minyak.

Berehat tepi pantai....






 Awas,
ramai mat n minah salleh pakai bikini. 
Orang arab pon ramai.







Makan tengahari ada ulam pelik sikit.
Akhirnya dapat juga Vision idaman hati


Uish...... banyaknya coklat.



Ini yang paling popular, ramai yang kirim.


Saya beli coklat Daim je....  yang lain tu kawan-kawan  kirim.




Sekian.......
Jumpa lagi di percutian yang akan datang.





Sunday, 9 November 2014

Jalan-Jalan Cari Makan - TELUK INTAN

 







 Assalamualaikum..
Semalam kami sekeluarga pi melawat kenalan di Hospital Teluk Intan, 
Setelah selesai. 
So, apa lagi, kami pon ronda-ronda sekitar Teluk Intan yang juga dikenali sebagai 'Telok Anson' oleh warga tempatan.



 Tempat pertama adalah Dataran Udang Galah Teluk Intan.
Air Sungai sedang pasang.

Pengkalan nelayan.
Anda juga berpeluang melihat udang galah hidup yang ditangkap oleh nelayan di sini.

So, menu hari ini adalah Udang Galah Fresh masak Goreng Berlada.....

Harga : 1 Kg RM70 untuk udang galah fresh.

  
Jeti Nelayan Sungai Perak


Laluan di jeti nelayan untuk pengunjung bersiar-siar



Sambil menunggu Udang Galah Masak Berlada, kita ronda-ronda sekitar jeti.

OK, makanan dah siap, jom kita menjamu selera..... Tapi tak boleh kenyang-kenyang, sebab selepas ini kita akan ke destinasi yang seterusnya..... Mee Rebus n Rojak Mastanghani Teluk Intan
Jangan terkejut jika sedang makan, ikan-ikan berenang-renang di tepi sungai sebelah meja makan. Kelihatan tempat basuh tangan pon dah tenggelam sebab air sungai  mula pasang.



 Mee Rabus, Rojak, Nasi Ayam Mastan Ghani


 Cendol

 Mee Rebus

Jom.... menjamu selera.

 Sekian.........

Saturday, 8 November 2014

PERCUTIAN KE PUTERI BEACH RESORT PORT DICKSON

1 dan 2 November 2014 bercuti bersama family ke Puteri Beach Resort yang dulunya dikenali sebagai Permaisuri Beach Resort. Dah bertahun lamanya tidak ke Port Dickson apalagi bercuti. So kali ni Port Dickson menjadi destinasi pilihan untuk bercuti hujung minggu. Selain tu, nak survey  tempat Family Day. Kami bawa bersama anak anak saudara sebelah suami ke sini.


http://www.zaitiezayu.blogspot.com/
Pemandangan dari atas....seaview.....Di sini semua bilik dapat seaview....ini dari tingkat 9...




                       sangat berpuashati dengan penginapan cuma tiada breakfast disediakan

                 Kami pilih aparment dengan 3 bilik....ada 2 bilik air...satu di master bedroom


Pagi pagi lagi anak anak dan anak anak sedare dah bangun...sementara tunggu matahari terbit...masing masing melihat pemandangan di tingkap....bila dah pukul 7.30 pagi...semua turun nak mandi...


ini la swimming poolnya...

3 Bilik tidur, 2 bilik mandi n tandas


Sejadah yang dilipat.














ada gelongsor air untuk swimming pool kanak-kanak



                             swimming pool tak berapa besar tapi puaslah budak budak mandi cuma kalau                               peak season dan ramai pengunjung mungkin agak sesak swimming pool ni...
        

                     anak anak memang suka mandi di swimming pool....berjam jam mandi pun boleh




                 playground pun ada disediakan....semuanya masih dalam keadaan baik






 


Nasi Ayam Kukus Koboi



Ayam Panggang Nasi Ayam Koboi


Sekian.....

oh ye, rate utk bilik disini - 
Apartment 3 bilik tidur = RM 550.00, 
tp untuk Kakitangan Awam, apartment yang sama berharga RM115.00