Pada 30.12.2017, kami sekeluarga telah bercuti ke gold coast morib. Tempahan telah dibuat 2 minggu awal memandangkan cuti sekolah memang full book. Kami tempah melalui ejen kerana harga murah sedikit dari hotel. Harganya ialah rm188.00. Kami check in pada pukul 2.30 ptg hari sabtu. Walaupun bayaran telah dibuat awal via bank in tetapi masa check in kena bayar rm100.00 surcharge sebab hari sabtu dan cuti sekolah, termasuk bayaran rm50.00 deposit. Walau bagaimanapun deposit dipulanhgkan semula semasa check out. Kami pilih studio suite dengan 2 katil single, jakuzzi dan pool view. Kami diberi kupon percuma untuk:
a. breakfast untuk 2 orang dewasa
b. tiket waterpark untuk 2 orang dewasa
c. minum petang untuk 2 orang dewasa di cafe
d. flying fox untuk 2 orang dewasa
e. berkanu untuk 2 orang dewasa
d. rope challenge untuk 2 orang dewasa
dan banyak lagi outdoor aktiviti yang percuma
Bilik studio suite luas, single bed pun besar boleh muat untuk 2 orang, ada jakuzzi dalam bilik air, pool view sangat cantik. Terletak di tepi laut morib tetapi tiada pengunjung yang mandi manda, yang ada cuma bermain di tepi pantai sahaja. Waterpark banyak gelongsor, memang jadi keseronokkan bagi kanak-kanak dan remaja. Pada pukul 10 pagi dan 6 petang ada acara mandi buih sabun di taman tema air. Suatu kelainan dari mana mana taman tema bila ada mandi buih. Pada waktu malam, kami makan di restoran atas laut, menu masakan melayu dan harga pula berpatutan. Selesai makan, anak-anak menunggang motor bateri, rm10.00 untuk 15 minit. Keesokkan paginya kami bersarapan dan mandi lagi, bila naik ke bilik sambung mandi jakuzzi pula. Secara keseluruhan gold coast morib memang best penuh dengan aktiviti, dicadangkan ambil 3 hari 2 malam untuk menginap di sini.



























No comments:
Post a Comment