Thursday, 27 August 2015

Percutian Ke Bukit Fraser



 Percutian kali ini akan membawa kita ke Bukit Fraser yang terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia.
 Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius.
 Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut.
Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur.
 Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.



Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British
  pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser
 

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.
Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.




Kali ini kami sekeluarga menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Bukut Fraser.


  
 Besar banglo ni, 20 orang pon boleh muat.









 Waktu malam tempat makan tak banyak pilihan. so, apa yang ada sahaja...