Wednesday, 30 May 2018

percutian ke kuching, sarawak

kami fly dengan MAS sebab ada promosi

makanan dlm flight, kami pilih nasi lemak
pemandangan dari udara
disambut oleh ahli keluarga ipar
airport kuching
kami sewa van
menyantuni keluarga adik ipar yang berbangsa iban
cuba skill menganyam tikar
check in di hotel riverside
breakfast yang sedap
bergambar di waterfront berlatarkan astana
boleh menyusuri sungai dengan sampan atau feri
bersiar siar di sekitar waterfront
mahkamah lama kuching
wajib singgah kedai kek lapis
sedapnya
kenyang merasa
ni pun wajib singgah, terubuk masin
peniaga akan packing khas untuk bawa dalam flight
membeli belah di waterfront
yeahhh dapat yang berkenan
makan malam di top hut
bambangan, sedap dibuat sambal belacan
buah dabai, lemak rasanya
ambuyak,  sedap dimakan dengan lauk
dah lama ngindam, 15 tahun kemudian baru dapat makan

Sunday, 14 January 2018

percutian ke gold coast morib, selangor


Pada 30.12.2017, kami sekeluarga telah bercuti ke gold coast morib. Tempahan telah dibuat 2 minggu awal memandangkan cuti sekolah memang full book. Kami tempah melalui ejen kerana harga murah sedikit dari hotel. Harganya ialah rm188.00. Kami check in pada pukul 2.30 ptg hari sabtu. Walaupun bayaran telah dibuat awal via bank in tetapi masa check in kena bayar rm100.00 surcharge sebab hari sabtu dan cuti sekolah, termasuk bayaran rm50.00 deposit. Walau bagaimanapun deposit dipulanhgkan semula semasa check out. Kami pilih studio suite dengan 2 katil single, jakuzzi dan pool view. Kami diberi kupon percuma untuk:
a. breakfast untuk 2 orang dewasa
b. tiket waterpark untuk 2 orang dewasa
c. minum petang untuk 2 orang dewasa di cafe
d. flying fox untuk 2 orang dewasa
e. berkanu untuk 2 orang dewasa
d. rope challenge untuk 2 orang dewasa
dan banyak lagi outdoor aktiviti yang percuma
Bilik studio suite luas, single bed pun besar boleh muat untuk 2 orang, ada jakuzzi dalam bilik air, pool view sangat cantik. Terletak di tepi laut morib tetapi tiada pengunjung yang mandi manda, yang ada cuma bermain di tepi pantai sahaja. Waterpark banyak gelongsor, memang jadi keseronokkan bagi kanak-kanak dan remaja. Pada pukul 10 pagi dan 6 petang ada acara mandi buih sabun di taman tema air. Suatu kelainan dari mana mana taman tema bila ada mandi buih. Pada waktu malam, kami makan di restoran atas laut, menu masakan melayu dan harga pula berpatutan. Selesai makan, anak-anak menunggang motor bateri, rm10.00 untuk 15 minit. Keesokkan paginya kami bersarapan dan mandi lagi, bila naik ke bilik sambung mandi jakuzzi pula. Secara keseluruhan gold coast morib memang best penuh dengan aktiviti, dicadangkan ambil 3 hari 2 malam untuk menginap di sini.